LOG MASUK
ID Pengguna :
Katalaluan :
 
Carian Pelajar   
ARAS 7,
JABATAN PEDIATRIK,
KOMPLEKS KESIHATAN WANITA DAN KANAK-KANAK,
59100 KUALA LUMPUR
03-79493028
Email: sdhppum@gmail.com
1)  Apa itu Sekolah Dalam Hospital (SDH)?

SDH adalah program jaringan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam aspek pembelajaran bagi memenuhi prinsip pendidikan untuk semua.

Dilancarkan pada 26 Julai 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd Yassin.

2)  Apakah objektif penubuhan SDH?

• Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur di dalam persekitaran yang kondusif secara santai (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital.

• Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid yang sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.

• Menyediakan pendidikan kepada semua peringkat umur persekolahan tanpa mengira batasan tempat dan keadaan.

Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir di dalam pelajaran.

3)  Bagaimanakah program SDH dijalankan?

• Murid SDH akan mengikuti pembelajaran di wad atau kelas.

• Murid yang diajar merangkumi pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah.

• Terdapat 2 sesi pembelajaran
1) 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
2) 2.00 Petang- 4.00 Petang

• Fokus utama adalah pengajaran subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

• Takwim sesi persekolahan mengikut sesi sekolah harian biasa.

• Untuk keterangan lanjut, sila hubungi jururawat bertugas atau berurusan terus ke Sekolah Dalam Hospital PPUM, Aras 7, Jabatan Pediatrik, Kompleks Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak.