FAQ - VAKSINASI COVID-19 PPUM

Part A: FAQ
No Soalan Jawapan
1

Apakah kegunaan COVID-19 Vaccine AstraZeneca?

COVID-19 Vaccine AstraZeneca ialah vaksin yang digunakan untuk melindungi orang yang berumur 18 tahun dan keatas daripada penyakit COVID-19. Penyakit COVID-19 berpunca daripada koronavirus (SARSCoV-2).

2

Bagaimana COVID-19 Vaccine AstraZeneca berfungsi?

COVID-19 Vaccine AstraZeneca merangsang pertahanan semula jadi badan (sistem imun) untuk menghasilkan antibodi terhadap virus. Ini akan membantu melindungi anda daripada
penyakit COVID-19 pada masa depan. Bahan-bahan kandungan dalam vaksin ini tidak akan menyebabkan penyakit COVID19.

3

Apakah bahan-bahan kandungan yang terdapat dalam COVID-19 Vaccine AstraZeneca?

Bahan aktif:
Setiap dose (0.5 ml) mengandungi Vaksin COVID-19 (ChAdOx1-S * gabungan semula) 5 × 1010 zarah viral

*Gabungan semula, vektor adenovirus cimpanzi yang mempunyai glikoprotin spike dan kekurangan kemampuan replikasi. Dihasilkan dalam sel human embryonic kidney (HEK) 293 yang telah diubah-suai secara genetik.

Produk ini mempunyai organisma yang telah diubah-suai secara genetic (GMOs).

Bahan tidak aktif:
• L-histidine
• L-histidine hidroklorida monohidrat
• Magnesium klorida hexahidrate
• Polysorbate 80
• Etanol
• Sukrosa
• Natrium klorida
• Dinatrium edetate dihydrat
• Air untuk suntikan
• Natrium dan alkohol**

** Ubat ini mengandungi kurang daripada 1 mol natrium (23 mg) dalam setiap dos 0.5 ml. Ini bermaksud produk ini adalah bebas daripada natrium.
Ubat ini mengandungi jumlah alkohol (etanol) yang sangat kecil (0.002 mg) dalam setiap dose 0.5 ml. Jumlah kandungan alkohol ini adalah tidak cukup untuk menyebabkan kesan yang ketara.

Rujukan:

1 https://www.azcovid-19.com/asia/my/en.html