FAQ - VAKSINASI COVID-19 PPUM

 

Product Name:

CoronaVac suspension for injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), inactivated

Registration number:

MAL21036010ARZ

Manufacturer

Sinovac Life Sciences Co., Ltd., P.R China

Product Registration Holder

Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd


No Soalan Jawapan
1

Mengapakah saya perlu terima vaksin COVID-19?

Dengan menerima suntikan vaksin, anda akan mengurangkan risiko mendapat serta menyebarkan penyakit COVID-19, mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan mengurangkan risiko mendapat komplikasi yang teruk.

Dengan menerima suntikan vaksin juga anda akan mengurangkan beban penjagaan kesihatan Malaysia yang kini berada pada tahap kritikal. Adalah sangat penting untuk Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberikan suntikan vaksin ini kepada sebanyak rakyat Malaysia yang boleh untuk mewujudkan imuniti kelompok terhadap jangkitan COVID-19 di seluruh Malaysia. Tahap liputan vaksinasi COVID-19 penduduk yang tinggi akan secara tidak langsung melindungi golongan yang tidak sesuai untuk diberi suntikan vaksin seperti kanak-kanak (kerana kurang data keselamatan vaksin COVID-19 untuk golongan ini).

2

Bagaimanakah vaksin CoronaVac bertindak?

CoronaVac mengandungi virus SARS-CoV-2 yang tidak aktif (mati), yang merangsang sistem imun menghasilkan antibodi dan sel darah yang berfungsi melawan virus, sehingga memberikan perlindungan terhadap COVID-19.

3

Apa yang terkandung dalam vaksin CoronaVac?

Vaksin CoronaVac mengandungi virus yang tidak aktif (mati) yang boleh merangsang tindak balas imun kita untuk menghasilkan antibodi pelindung.

Bahan tambahannya adalah aluminium hidroksida, disodium hidrogen fosfat, monosodium dihydrogen fosfat, natrium klorida, natrium hidroksida, dan air untuk suntikan.

Rujukan:

1

CoronaVac Factsheet/Version 1.1, dated 05March2021